Wednesday 29 February 2012

Buah Tin dari Pokok Ara =)





Pokok Ara ;)

Pokok Ara merupakan kelompok dalam pengkelasan organisma hidup yang mempunyai lebih dari satu spesies yang serupa dari segi morfologi untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili Moraceae. Pokok Ara berasal dari seluruh kawasan tropika dengan beberapa spesies yang tumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang panas. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.

Dalam kelompok tersebut termasuk satu spesies iaitu Common Fig yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "Buah Ara". Buah daripada spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun kurang popular. Contoh-contoh Pokok Ara yang lain termasuk Pokok Bo. Selain itu, terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semulajadi Wonderboom.

Buah Tin ;)

Buah Ara yang dikeringkan juga dipanggil Buah Tin, sempena nama Pokok Ara dalam Al-Quran. Hal ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan.

Kelebihan Buah Tin


  • Riwayat dari Abu Zar r.a~~: bahawa Nabi Muhammad SAW dihadiahkan satu bekas Buah Tin lalu Nabi Muhammad SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Kemudian baginda SAW bersabda: "Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah buahnya. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."
  • Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan Buah Tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.





Secara logiknya, Buah Tin kering mengandungi kurang air berbanding dengan Buah Tin yang segar iaitu lebih kurang 23%.  Namun begitu, Buah Tin kering membekalkan enam kali lebih banyak kalori daripada Buah Tin yang segar. Pengeringan Buah Tin mengakibatkan pemekatan nutrisi dan mineral terutamanya Kalsium, Zat Besi dan Potassium. Manakala, kandungan Sodiumnya sangat rendah. 

Kandungan Nutrisi dalam Buah Tin

 Protein 
 4.3 gm
 Lemak 
 1.3 gm 
 Mineral 
 2.4 gm
 Serat  
 5.6 gm 
 Karbohidrat
 63.4 gm 
 Tenaga
 274 kcal
 Kalsium
 126 mg
 Forforus
 77 mg
 Zat Besi
 3 mg
 Vitamin C
 1 mg

Khasiat Buah Tin

Buah Tin dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti:

  • Penyakit Buasir
  • Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Batuk yang berpanjangan
  • Melawas kencing




No comments:

Post a Comment