Thursday 16 February 2012

Sejarah Koko Minda Food Industry



Selepas bersara pada 1 Februari 2009, seorang rakan yang berpengalaman dalam selok belok memproses kopi dan koko menyarankan saya menubuhkan sebuah syarikat dalam pemprosesan produk makanan dan minuman berasaskan koko atau kopi yang sekarang makin mendapat tempat di hati masyarakat setempat.

Dengan takdir Tuhan, saya diberi ilham membuat produk berkaitan minda berasaskan kepada minuman. Melalui kajian dan survey yang telah dilakukan menerusi penelitian saya, syarikat-syarikat yang sedang menembusi pasaran hanya menggunakan pil dan susu untuk merangsang otak.

Saya memilih produk dalam bentuk minuman kerana ianya mudah dan diterima oleh orang ramai. Bahan asas dipilih ialah:

*      Koko
*      Ginkgo Biloba
*      Kismis
*      Pegaga
*      Buah Kurma
*      Buah Tin

Alhamdulillah, niat saya tercapai. Dengan izin Tuhan, produk Koko Minda Plus telah berjaya disiapkan pada 9 April 2009 dan telah berada di pasaran pada 10 April 2009. Pengedar saya yang pertama ialah Encik Mamat Kambali dan diikuti oleh Tok Janggut.


No comments:

Post a Comment