Tuesday 28 February 2012

Ginkgo Biloba ~~~ ^_^



Ginkgo Biloba yang turut dieja sebagai Gingko Biloba ialah spesies pokok unik kerana tiada spesis bersaudara yang hidup selainnya. Ginkgo Biloba mempunyai pelbagai kegunaan dalam makanan dan ubatan tradisional. Oleh sebab itu, pokok Ginkgo ditanam dan diperkenalkan secara meluas sejak zaman dahulu lagi.

Pokok Ginkgo ialah pokok konifer yang boleh membesar sehingga 40 m dan boleh hidup sehingga 1000 tahun lamanya. Pokok Ginkgo berbentuk mahkota bersudut dan panjang dengan cabang tak menentu manakala akarnya yang dalam membolehkannya tahan kepada serangan angin dan salji. Sementara itu, daunnya yang berbentuk kipas, liat dan rata dengan urat bercabang, berwarna hijau pada musim panas dan bertukar keemasan sebelum gugur pada musim luruh.




Khasiat Ginkgo Biloba

Dalam perubatan China, biji Ginkgo Biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daunnya. Ia dapat digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam yang tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.

Tambahan pula, Ginkgo turut menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah di samping mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Menerusi kajian, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan Flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakkan tindakan biologi dalam tubuh manusia.

Selain itu, Ginkgo turut dipercayai dapat memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Oleh kerana otak terdiri daripada asid perlu yang tak bertepu tinggi, ia terdedahkan kepada radikal bebas. Ginkgo Biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.


No comments:

Post a Comment