Tuesday 27 March 2012

Pelancaran Produk Inovasi Koko Minda 1 Malaysia & Collegen Plus =)





Alhamdullilah... Syukur ke hadrat Illahi.. Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd telah berjaya melancarkan pembungkusan yang lebih menarik di mana satu kotak kini mengandungi 15 sachet dan tawaran harga yang paling berpatutan iaitu RM20.90 sekotak. Di samping itu, kami turut memperkenalkan Collegen Plus, produk baru keluaran Koko Minda Food Industries.



Pelancaran tersebut telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam di Bangunan Yayasan Melaka MITC.







Tuesday 20 March 2012

SuSu KaMBinG.. ;)



Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai maslah penghadaman. disebabkan zarahnya yang halus serta sifat nya yang menyah asid, maka sangat sesuai diogunakan bagi rawatan ulser dan gastrik.


Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susu kambing mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit-birit dana alhan kepada susu lembu dan susu tepung.


Selain itu, ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana asid dalam darah atau usus. Susu Kambing bertindak meneutralkan asid dalam badan. Kandungan asid berlebihan dalam badan menyebabkan sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi. Susus kambing juga mengandungi asid lemak yang baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.



Di samping itu, kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Malah mampu melawan virus secara semulajadi da n mencegahnya membiak. Susu kambing juga didapati mengandungi Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Tambahan lagi, susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organisma yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Manakala, kandungan potassium dan kalsium tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan Riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simptom penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes.

SENYUM  =)

Strawberi =)



Warna merah strawberi bermaksud kaya dengan pigmen warna antosianin yang tinggi. Selain antioksidan, ia juga kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungi Vitamin C, Folat, Potassium serta Asid Ellagic.





Antara khasiat Strawberi:


  • Membantu menurunkan kadar kolestrol
  • Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana Asid Ellagic yang terdapat di dalamnya
  • Meredam gejala strok
  • Kaya Vitamin C yang amat bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak
  • Kurang gula dan amat sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes
  • Mengandungi zat anti alergi dan anti radang
  • Memutih dan membersihkan permukaan gigi
  • Berkesan untuk melawan radang sendi
  • Kandungan tujuh zat antioksidan yang terdapat di dalamnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah atau sayuran lain, sehingga strawberi menjadi buah yang efektif emncegah proses oksidasi pada tubuh.
  • Makan strawberi secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit lebih cerah dan bersih.


Monday 19 March 2012

Nanas >> =)



Nanas ialah sejenis tumbuhan tropikal yang juga dikenali sebagai Ananas Comosus dalam bahasa saintifiknya. Nanas ialah tumbuhan asli yang berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan Bromeliad, iaitu tumbuhan yang rendahsaka bak herba dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Oleh kerana bentuknya seperti pokok kon pain, buah nanas turut dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris. Manakala perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu dijadikan benih. Antara variati nanas yang disorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Namun begitu, hanya variati N36 dan Josapine yang mampu menembusi pasaran luar negara kerana mempunyai daya tahan yang tinggi.

Di samping mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada kemarau. Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalu tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar serta pangkal pokok yang busuk. Oleh yang demikian, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.



~~~>> Khasiat Nanas

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan Bromelain. Selain itu, nanas juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Jika diambil melalui pemakanan, nanas dapat mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Namun begitu, nanas tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Di samping itu, nanas dipercayaimampu merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan Bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang Protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.

KARNIVAL 1 MALAYSIA BEST~~~~>> PLAZA ANGSANA JB



Karnival 1 Malaysia Best telah diadakan selama 3 hari bermula pada 24 Februari sehingga 26 Februari. Koko Minda Food Industries telah ditempatkan bersebelahan booth Araz Success Nature Herbs Industry di booth 16.





Kami menerima sambutan yang amat mengalakkan dari para pengunjung.





Selain itu, kami turut berjaya menjual produk-produk Koko Minda yang kini lebih bervariasi dengan adanya Koko Minda berperisa Nenas, Koko Minda Berperisa Strawberi dan Koko Minda berperisa Susu Kambing.
Koko Minda berperisa Strawberi  dan Koko Minda berperisa Susu Kambing amat mendapat sambutan daripada warga Johor Bahru yang berkunjung ke Plaza Angsana.







Di samping itu, Koko Minda Food Industries turut memasarkan beberapa produk usahawan-usahawan Melaka iaitu Kek Kukus Buah dari YH Ceria Enterprise dan Sambal Rojak Madu Dinda keluaran Edens Enterprise.




Semoga semua para pembeli menjadi pengguna Koko Minda yang setia pada masa akan datang..


Tuesday 6 March 2012

Gula Perang VS Gula Putih (O_o)




Gula adalah satu islah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama Sukrosa, Laktosa, dan Fruktosa dan dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, dula kebanyakkan dirujuk kepada Sukrosa yang utamanya datang dari Gula Tebu dan Gula Bit.

Gula Perang ini berwarna coklat dan wangi seperti karamel. Rasanya tidak semanis gula biasa dan banyak digunakan dalam pemprosesan makanan seperti biskut.





Jenis-jenis Gula


  • Monosakarida
    • Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
      • Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah
      • Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah
      • Galaktosa terdapat dalam susu
  • Disakarida
    • Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan
      • Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul Glukosa dengan satu molekul Fruktosa
      • Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul Glukosa dengan molekul Galaktosa
      • Maltosa yang terdapat dalam gula Malt merupakan gabungan dua molekul Glukosa


Secawan Gula Perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorus, 757 mg Potassium dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporus sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.