Tuesday, 28 February 2012

Madu~~Honey~~ =)






"...dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..." (An Nahl 68-69)







Madu adalah salah satu yang dihasilkan oleh lebah selain Propolis, Royal Jelly dan Bee Pollen. Sejak zaman Mesir kuno lg madu sudah dikenali kerana berupaya digunakan sebagai ubat, makanan, perawatan kecantikan dan sebagai penyedap dalam makanan.

Madu asli adalah madu yang diperolehi secara lansung dari sarang lebah tanpa melalui apa-apa proses pemanasan mahupun campuran bahan lain. Madu dikumpulkan oleh lebah dengan cara menghisap cairan nektar bunga yang kemudiannya dimasukkan ke dalam kantung madu di dalam anggota badannya. Nektar bunga tersebut kemudiannya dicampur dengan enzim tertentu. Selepas itu, akan dikeluarkan dan di tempatkan di tempat penyimpanan madu di sarang lebah.








Madu mengandungi Air, Glukosa, Fluktosa, Sukrosa, Asid Amino, Asid lemak yang baik untuk membantu proses penyerapan vitamin ke dalam usus. Di samping itu, madu turut mengandungi Kalsium, Sodium, Potassium, dan Zat Besi. Kalsium sangat baik dalam pembentukan tulang dan gigi. Manakala, Potassium, Sodium dan Kalsium amat diperlukan dalam membantu kerja sel-sel saraf dan otot. Selain itu, Zat Besi pula membantu pembentukkan haemoglobin dalam darah. Oleh sebab itu, madu dapat memberi manfaat kepada mereka yang menghidapi masalah kekurangan darah.

Madu mengandungi enzim aktif yang tidak terdapat pada tubuh badan manusia. Enzim ini merupakan unsur utama yang terdapat di dalam madu. Enzim ini berfungsi sebagai kelansungan reaksi biologi kimia dan sistem metabolisme di dalam tubuh badan.









  • Khasiat Madu:
    • Meningkatkan stamina
    • Menyembuhkan luka
    • Menyembuhkan sakit sendi
    • Menyembuhkan demam atau panas badan
    • Meredakan batuk
    • Menghaluskan kulit (mask)
    • Mengeringkan jerawat (mask)
    • Memulihkan sel-sel urat besar
    • Merangsang tenaga batin
    • Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
    • Mengurangkan tekanan darah tinggi
    • Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal mahupun mental
    • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
    • Menghidarkan badan dari keletihan dan lesu



Manakala menerusi hasil penelitian Peter C Molan (1992) dari Department of Biological Sciences, University of Waikoto mendapati bahawa madu mengandungi zat antibiotik. Antibiotik yang aktif ini mampu melawan serangan berbagai kuman patogen yang menyebabkan penyakit.









No comments:

Post a Comment