Centella Asiatica ialah nama saintifik bagi pegaga yang merupakan ulaman popular di kalangan orang Melayu. Selain itu, pegaga turut dikenali sebagai 'Indian Pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling.
Pegaga ialah sejenis tumbuhan menjalar yang mudah tubuh pada tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Bunganya berkelopak putih atau merah jambu. Tanaman pegaga akan matang dalam tempoh tiga bulan dan dituai secara manual.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
- Pegaga Cina / Pegaga Nyonya (biasanya berdaun kecil)
- Pegaga Daun Lebar
- Pegaga Embun
- Pegaga Kelantan
- Pegaga Renek
- Pegaga Salad
- Pegaga Gajah
- Pegaga Brunei
Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, walaubagaimanapun rasanya sedikit pahit dan sedap dimakan bersama sambal belacan.Saiz diameter daun pegaga sebenarnya hanya sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian dan selalu dianggap tumbuhan menyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakkan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga mempunyai banyak khasiat yanag amat menakjubkan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.
Khasiat Pegaga
Pegaga kaya dengan pelbagai nutrisi seperti protein, zat besi, vitamin A dan vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan. Manakala di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Selain itu, dalam perubata Cina pula, pegaga digunakan untuk mengubati selsema, sakit kuning, dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
- Antara khasiat lain pegaga ialah:
- Penawar Alahan
- Merawat asma dan sesak nafas
- Merawat jangkitan paru-paru
- Merawat kegusaran dan kegigilan
- Anti kanser
- Melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
- Penawar batu karang
- Penawar kencing berdarah
- Penawar ulser
- Merangsang peredaran darah
- Merawat cirit birit dan gastrik
- Menurunkan tekanan darah
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti Triterpenoid Glikosida, Flavenoids, Volatile oils, Pektin, Asid Amino, Alkaloid Hydrocotyline, myositol, Asid Bramik, Asid Centellik, Asid Isobrahmik dan Asid Betulik. Melalui kajian, pegaga didapati menunjukkan kesan positif terhadap sistem darah dengan menguatkan saluran darah dan kapilari. Selain itu, ia turut menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak dan masalah kaki yang terasa berat dan kebas.
No comments:
Post a Comment