Tuesday 6 March 2012

Gula Perang VS Gula Putih (O_o)




Gula adalah satu islah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama Sukrosa, Laktosa, dan Fruktosa dan dicirikan oleh suatu rasa manis. Di dalam makanan, dula kebanyakkan dirujuk kepada Sukrosa yang utamanya datang dari Gula Tebu dan Gula Bit.

Gula Perang ini berwarna coklat dan wangi seperti karamel. Rasanya tidak semanis gula biasa dan banyak digunakan dalam pemprosesan makanan seperti biskut.





Jenis-jenis Gula


  • Monosakarida
    • Monosakarida atau gula ringkas menyimpan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi. Gula ini mempunyai satu molekul sahaja.
      • Glukosa terdapat dalam dekstrosa dan gula darah
      • Fruktosa atau levulosa terdapat dalam gula buah
      • Galaktosa terdapat dalam susu
  • Disakarida
    • Disakarida merupakan dua molekul yang diikat melalui pemeluwapan
      • Sukrosa yang terdapat dalam gula pasir merupakan gabungan satu molekul Glukosa dengan satu molekul Fruktosa
      • Laktosa yang terdapat dalam gula susu merupakan gabungan molekul Glukosa dengan molekul Galaktosa
      • Maltosa yang terdapat dalam gula Malt merupakan gabungan dua molekul Glukosa


Secawan Gula Perang mengandungi 187 mg Kalsium, 56 g Phosphorus, 757 mg Potassium dan 97 mg Sodium berbanding dengan gula pasir yang hampir langsung tidak mempunyai zat garam galian. Phosporus sangat penting untuk tulang dan mempercekapkan sistem saraf serta menajamkan minda.



No comments:

Post a Comment