Karnival 1 Malaysia Best telah diadakan selama 3 hari bermula pada 24 Februari sehingga 26 Februari. Koko Minda Food Industries telah ditempatkan bersebelahan booth Araz Success Nature Herbs Industry di booth 16.
Kami menerima sambutan yang amat mengalakkan dari para pengunjung.
Selain itu, kami turut berjaya menjual produk-produk Koko Minda yang kini lebih bervariasi dengan adanya Koko Minda berperisa Nenas, Koko Minda Berperisa Strawberi dan Koko Minda berperisa Susu Kambing.
Koko Minda berperisa Strawberi dan Koko Minda berperisa Susu Kambing amat mendapat sambutan daripada warga Johor Bahru yang berkunjung ke Plaza Angsana.
Di samping itu, Koko Minda Food Industries turut memasarkan beberapa produk usahawan-usahawan Melaka iaitu Kek Kukus Buah dari YH Ceria Enterprise dan Sambal Rojak Madu Dinda keluaran Edens Enterprise.
Semoga semua para pembeli menjadi pengguna Koko Minda yang setia pada masa akan datang..
No comments:
Post a Comment