Monday 19 March 2012

Nanas >> =)



Nanas ialah sejenis tumbuhan tropikal yang juga dikenali sebagai Ananas Comosus dalam bahasa saintifiknya. Nanas ialah tumbuhan asli yang berasal dari Brazil, Bolivia dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan Bromeliad, iaitu tumbuhan yang rendahsaka bak herba dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Oleh kerana bentuknya seperti pokok kon pain, buah nanas turut dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris. Manakala perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Di Malaysia, nanas banyak ditanam di negeri Johor, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Nanas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu dijadikan benih. Antara variati nanas yang disorkan untuk ditanam di Malaysia ialah Sarawak, Gandol, Mauritius (Moris), N36 dan Josapine. Namun begitu, hanya variati N36 dan Josapine yang mampu menembusi pasaran luar negara kerana mempunyai daya tahan yang tinggi.

Di samping mempunyai permintaan yang baik di pasaran, tanaman nanas juga tergolong dalam kumpulan tanaman yang boleh tahan kepada kemarau. Kadar pertumbuhan nanas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalu tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar serta pangkal pokok yang busuk. Oleh yang demikian, pengawalan dan pengurusan air dan rumpai penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.



~~~>> Khasiat Nanas

Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan Bromelain. Selain itu, nanas juga mengandungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Jika diambil melalui pemakanan, nanas dapat mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Namun begitu, nanas tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Di samping itu, nanas dipercayaimampu merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan Bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang Protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.

1 comment: