Tuesday, 28 February 2012
Ginkgo Biloba ~~~ ^_^
Ginkgo Biloba yang turut dieja sebagai Gingko Biloba ialah spesies pokok unik kerana tiada spesis bersaudara yang hidup selainnya. Ginkgo Biloba mempunyai pelbagai kegunaan dalam makanan dan ubatan tradisional. Oleh sebab itu, pokok Ginkgo ditanam dan diperkenalkan secara meluas sejak zaman dahulu lagi.
Pokok Ginkgo ialah pokok konifer yang boleh membesar sehingga 40 m dan boleh hidup sehingga 1000 tahun lamanya. Pokok Ginkgo berbentuk mahkota bersudut dan panjang dengan cabang tak menentu manakala akarnya yang dalam membolehkannya tahan kepada serangan angin dan salji. Sementara itu, daunnya yang berbentuk kipas, liat dan rata dengan urat bercabang, berwarna hijau pada musim panas dan bertukar keemasan sebelum gugur pada musim luruh.
Khasiat Ginkgo Biloba
Dalam perubatan China, biji Ginkgo Biloba dianggap lebih bermanfaat berbanding daunnya. Ia dapat digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan, kencing malam yang tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan anti bakteria dan anti kulat.
Tambahan pula, Ginkgo turut menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak, tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah di samping mengurangkan kecenderungan pembekuan darah. Menerusi kajian, ahli sains mendapati ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan Flavonoid dan terpena lakton yang bertanggungjawab ke atas kebanyakkan tindakan biologi dalam tubuh manusia.
Selain itu, Ginkgo turut dipercayai dapat memberi kesan baik terhadap fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Oleh kerana otak terdiri daripada asid perlu yang tak bertepu tinggi, ia terdedahkan kepada radikal bebas. Ginkgo Biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai makanan tambahan.
Tuesday, 21 February 2012
Koko ~~> Kandungan asas Koko Minda Plus =)
Koko ialah bahan utama yang digunakan dalam penghasilan Koko Minda Plus... Theobroma Cacao ialah nama saintifik bagi koko dalam bahasa Yunaniyang membawa maksud makanan dewa. Pokok koko akan menghasilkan buah koko, biji koko akan diambil dan digunakan dalam penghasilan coklat dan minuman koko. Pokok koko yang hanya berketinggian hanya 4.5m hingga 7.5m, mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1920. Namun begitu, penanaman secara komersial bermula pada 1950.
Biar la apa pun sejarahnya.. Koko memberi kesan yang sangat baik kepada tubuh manusia.
Khasiat koko:
- Koko mengandungi Poliphenol yang tinggi
- Antara jenis Poliphenol ialah Flavanoids
- Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberi tindakan antioksida yang kuat
- Koko mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
- Kuantiti antioksida yang diserap dari koko atau coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur
- Kandungan antioksida yang tinggi dalam koko dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
- Hasil kajian menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina
- Manakala kajian di Jepun pula menunjukkan bahawa Poliphenol berupaya mengurangkan tekanan serta menghalang perubahan emosi dibawah tekanan fizikal
- Koko melambatkan proses penuaan
- Penuaan ialah proses yang mengakibatkan kerosakan radikal
- Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi antioksida amat penting untuk melambatkan proses penuaan
- Hasil kajian mendapati bahawa jangka hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida
- Manakala menerusi kajian oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health
- mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun
- berbanding bukan penggemar coklat.
Kandungan Nutrisi:
0.4 mg | ||
Friday, 17 February 2012
Produk-produk Koko Minda Food Industries ;)
Semenjak mula beroperasi pada 9 April 2009... Koko Minda Food Industries telah berjaya mewujudkan rangkaian produk yang mendapat tempat dihati pengguna.
Antara rangkaian produk Koko Minda yang telah berada di pasaran ialah:
| Koko Minda Plus perasa Koko |
| Koko Minda Plus perasa Koko Strawberi |
| Koko Minda Plus perasa Koko Nenas |
| Koko Minda Plus perasa Koko Susu Kambing |
Selain pembungkusan dalam kotak, Koko Minda juga turut dibungkuskan dalam bentuk papan khas untuk meluaskan lagi pasaran sasaran Koko Minda Food Industries.
| Koko Minda Plus Dalam Pembungkasan Papan |
| Semua rangkaian produk Koko Minda Food Industries |
Koko Minda telah berjaya menambat hati para pelanggan dengan rangkaian produknya yang pelbagai perasa iaitu perasa koko, koko strawberi, koko nenas, dan koko susu kambing. Koko Minda Food Industries berharap dapat menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti untuk para pelanggan.
Thursday, 16 February 2012
Koko Minda Plus
Produk:
Pengeluaran produk minuman koko pra-campuran herba bagi pemakanan tambahan otak bagi melahirkan minda cergas bertenaga dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif.
Pelaksanaan produk:
Minuman yang berasaskan koko pra-campuran dalam bentuk serbuk dan dicampur herba, kegunaan minuman harian dan cara pembungkusan sachet mengikut kandungan secawan (25 gram).
Keistimewaan:
Memberi pemakanan tambahan kepada otak bagi kecergasan minda yang bertenaga, mempunyai daya pemikiran yang kreatif, penghafalan, tidak mudah mengantuk serta merehatkan minda, memberi badan bertenaga, dan sihat untuk semua golongan usia. Keistimewaannya terdapat tambahan herba yang mengandungi kesihatan yang tertentu di setiap bahan-bahan tersebut seperti:
o Buah Kurma: Meningkatkan daya ingatan, penambahan tenaga segera.
o Buah Kismis: Mengandungi anti oksidan yang tinggi dan sebagainya.
o Buah Tin: Mengawal kekejangan otot, berat badan, sel-sel darah.
o Ginkgo Biloba: Melancarkan aliran darah keseluruhan badan.
o Buah Koko: Membantu mengawal kolestrol dan mengandungi agen anti oksida
Sejarah Koko Minda Food Industry
Selepas bersara pada 1 Februari 2009, seorang rakan yang berpengalaman dalam selok belok memproses kopi dan koko menyarankan saya menubuhkan sebuah syarikat dalam pemprosesan produk makanan dan minuman berasaskan koko atau kopi yang sekarang makin mendapat tempat di hati masyarakat setempat.
Dengan takdir Tuhan, saya diberi ilham membuat produk berkaitan minda berasaskan kepada minuman. Melalui kajian dan survey yang telah dilakukan menerusi penelitian saya, syarikat-syarikat yang sedang menembusi pasaran hanya menggunakan pil dan susu untuk merangsang otak.
Saya memilih produk dalam bentuk minuman kerana ianya mudah dan diterima oleh orang ramai. Bahan asas dipilih ialah:
Alhamdulillah, niat saya tercapai. Dengan izin Tuhan, produk Koko Minda Plus telah berjaya disiapkan pada 9 April 2009 dan telah berada di pasaran pada 10 April 2009. Pengedar saya yang pertama ialah Encik Mamat Kambali dan diikuti oleh Tok Janggut.
Subscribe to:
Posts (Atom)






